Tuesday, November 17, 2009

SAF SOLAT

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul:
1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616).

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat."Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)







(Rajah 1)-Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)










(Rajah 2)-Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan.

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf. Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198).
















(Rajah 3) - Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul. Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436).
















(Rajah 4) - Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini.

Monday, November 9, 2009

Seminar Antarabangsa Bahasa Arab Ke-2

Semua pencinta Bahasa dan Kesusateraan Arab dijemput untuk mendaftarkan diri dan mengikuti Internationa Conference on Arabic Language and Literature (ICALL 2009), yang akan diadakan di UIAM, Gombak pada 21-23 Disember 2009. Tokoh-tokoh bahasa dan sastera Arab serta penyelidik dari seluruh dunia akan menyertai seminar ini. Untuk maklumat lanjut layari berikut: http://www.iiu.edu.my/icall2009/

Isu Keselamatan Penduduk

Masjid dan Sekolah Al-Mujahideen akan mengadakan sistem kawalan keselamatan tersendiri. Ini akan memperkukuhkan usaha DUROA untuk mengadakan Kawalan Berpagar di Damanasar Utama Zon B1. InsyaAllah setelah sistem kawalan berpagar serta kawalan Pegawai Keselamatan dijalankan, diharapkan Zon B ini akan bertambah selamat.

Saya ada beberapa cadangan untuk difikir bersama:
(1) Beberapa cara langkah keselamatan yang telah menjadi praktis di banyak tempat antaranya:
- Pengawal Keselamatan / khidmat security
- Berpagar / Pos keselamatan
- Ronda Sukarelawan keselamatan dengan dibekalkan Walki Talki.
- Online Community.
(2) Adakan Pondok polis Bergerak dihadapan Masjid.
(3) Adakan Rakan Cop.
(4) Tubuhkan Pasukan Wataniah dan Rela.
(5) Masjid mendirikan solat hajat mingguan (malam Jumaat) untuk kesejahteraan Karyah.
(6) Pagar sekampung. Ini boleh dilaksanakan oleh yang arif.
(7) Setiap individu harus peka dengan keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
- Nazir Masjid Al-Mujahideen.

Sunday, November 8, 2009

Kuliah Masjid Al-Mujahideen

Saya menjemput muslimin, muslimat, pemuda dan remaja untuk menghadiri program pengajian bersilibus di Masjid Al-Mujahideen Damansara Utama, Petaling Jaya.
- Nazir Masjid
MASJID AL-MUJAHIDEEN, DAMANSARA UTAMA,
MAJLIS PENGAJIAN ILMU NOVEMBER 2009
KULIAH MAGHRIB
1 Nov. 2009: AP Dr. A.Rahman Chik (UIAM)-Dakwah&Tarbiyah
2 Nov. 2009: Dr. Jahid Sidek-Tasawwuf- Al-Hikam
4 Nov. 2009: Us. Zaharudin Mohd-Tafsir
9 Nov. 2009: Dato' Mokhtar Shafie-Mustika Hadith
10 Nov. 2009: Us. Mohd. Jaafarudin Md. Ali-Dosa-dosa Besar
11 Nov. 2009: Us. Mohd. Zain-Hadith
15 Nov. 2009: Dr. Jahid Sidek-Tasawwuf- Al-Hikam
16 Nov. 2009: AP Dr. A. Rahman Chik (UIAM)-Lughatul-Qur’an
18 Nov. 2009: Us. Abd Harith Bain (WAMY)-Pembangunan Belia
24 Nov. 2009: Dr. Shayuthy A.Manas (UIAM)-Ilmu Mustolah Hadith
KULIYAH SUBUH
1 Nov. 2009: AP Dr. A.Rahman Chik (UIAM)-Pewaris Risalah
8 Nov. 2009: Us. Azhar Ali (UIAM)-Aqidah
14 Nov. 2009: Us. Salihin Muhyi
15 Nov. 2009: Us. Halim Din-Isu Semasa
21 Nov. 2009: Dr. Mohd. Farid M. Shahran (UIAM)-Aqidah
22 Nov. 2009: Dr. Abdullatif Abdul Razak (UIAM)-Tazkiyat Al-Nafs
QIYAMULLAIL BULANAN:
Setiap Pagi Ahad Ketiga=15 Nov.2009, jam 3.30 am.
Ahli Kariah muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Thursday, November 5, 2009

Isu Sekuriti

Komuniti Damansara Utama yang terdiri dari berbagai kaum dan agama hidup dalam aman damai. Semangat perpaduan dan kerjasama serta perihatin terhadap kejiranan dapat diperlihatkan melalui aktiviti beberapa pertubuhan dan organisasi sosial. Masjid Al-Mujahideen, Persatuan Umat Islam Damansara Utam (PADU), dan Damanasara Utama Residents and Owners association (DUROA).

Akhir-akhir ini keadan mendesak komuniti setempat mengambil keputusan untuk mengawal keselamatan penduduk. Banyak kes rompakan dan ragut berlaku terutama kepada golongan lemah: wanita, kanak-kanak, remaja dan orang tua. Jemaah Masjid juga turut menjadi mangsa. Forum mengenai kesejahteraan masyarakat setempat secara integrated amat perlu diadakan. Ini boleh melibatkan semua pihak termasuk pihak polis dan golongan professional bersara. Diharap semua dapat memberi buah fikiran untuk mendapat formula terbaik dalam perkara ini. - NAZIR Masjid Al-Mujahideen.

Wednesday, November 4, 2009

Tauliah JAIS

Tauliah untuk mengajar ugama Islam perlu untuk melindungi masyarakat dari ajaran sesat. Cuma pihak berkuasa perlu bijak dalam melaksanakan undang-undang ini. Jika penceramah adalah tokoh dikenali ramai dengan kebolehan dan kelayakan ilmiahnya, tak payahlah tangkap dulu. Panggil suruh isi borang tauliah dulu, jika engga...n barulah ambil tindakan. Saya menyokong penuh undang-undang tauliah. Masa perlu diberi kepada para guru dan ustaz. Proses pentauliahan janganlah susah sangat. Apa nak ditemuduga kepada ustaz dan guru yang menjadi rujukan dalam bidangnya.

Monday, February 16, 2009

Konvensyen pensyarah bahasa arab

Penyelarasan diperingkat ketua jabatan bahasa arab di semua IPTA & IPTS di Malaysia perlu dilakukan. Ini adalah untuk memperkasakan program, pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang bahasa arab supaya lebih bersifat glokal (produk tempatan berperisa global).

Disamping itu satu konvensyen kebangsaan khas untuk pensyarah-pensyarah bahasa arab perlu juga disegerakan. Dicadangkan hasilnya kearah penubuhan satu badan profesional yang bertanggungjawab untuk memantau segala yang bersangkut dengan pengiktirafan program bahas arab di peringkat sijil, diploma, ijazah dan sarjana di Malaysia.

Friday, February 13, 2009

Latihan praktikal (internship) bagi siswa bahasa arab

Pelajar program sarjana muda bahasa arab perlu di tempatkan di beberapa firma @ institusi strategik yang sesuai dengan bidang pengkususan. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan alam pekerjaan kepada siswa siswi sebelum mereka menceburi mana-mana bidang. Program major-minor amat membantu graduan untuk mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas (marketability).

Dianatara bidang yang berpotensi bagi graduan bahasa dan kesusasteraan arab ialah: perguruan (J-Qaf), KPLI, tutor, pensyarah, penterjemah (ITNM), DBP, pentadbir (Kementerian pelajaran, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri), pegawai tadbir diplomatik, pegawai perhubungan awam, pegawai pelancongan, perbankan dan kewangan Islam, keusahawanan dan banyak lagi...