Komuniti Damansara Utama yang terdiri dari berbagai kaum dan agama hidup dalam aman damai. Semangat perpaduan dan kerjasama serta perihatin terhadap kejiranan dapat diperlihatkan melalui aktiviti beberapa pertubuhan dan organisasi sosial. Masjid Al-Mujahideen, Persatuan Umat Islam Damansara Utam (PADU), dan Damanasara Utama Residents and Owners association (DUROA).
Akhir-akhir ini keadan mendesak komuniti setempat mengambil keputusan untuk mengawal keselamatan penduduk. Banyak kes rompakan dan ragut berlaku terutama kepada golongan lemah: wanita, kanak-kanak, remaja dan orang tua. Jemaah Masjid juga turut menjadi mangsa. Forum mengenai kesejahteraan masyarakat setempat secara integrated amat perlu diadakan. Ini boleh melibatkan semua pihak termasuk pihak polis dan golongan professional bersara. Diharap semua dapat memberi buah fikiran untuk mendapat formula terbaik dalam perkara ini. - NAZIR Masjid Al-Mujahideen.
Blog ini dibangunkan untuk menjadi medan utama bagi percambahan idea untuk kita sama-sama merungkaikan isu-isu umat Islam dan kemanusiaan di rantau Asia Tenggara. Makalah, penulisan dan pandangan dalam forum ini harus mencerminkan semangat "UKHUWWAH TERAS KEGEMILANGAN".
Thursday, November 5, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Tauliah JAIS
Tauliah untuk mengajar ugama Islam perlu untuk melindungi masyarakat dari ajaran sesat. Cuma pihak berkuasa perlu bijak dalam melaksanakan undang-undang ini. Jika penceramah adalah tokoh dikenali ramai dengan kebolehan dan kelayakan ilmiahnya, tak payahlah tangkap dulu. Panggil suruh isi borang tauliah dulu, jika engga...n barulah ambil tindakan. Saya menyokong penuh undang-undang tauliah. Masa perlu diberi kepada para guru dan ustaz. Proses pentauliahan janganlah susah sangat. Apa nak ditemuduga kepada ustaz dan guru yang menjadi rujukan dalam bidangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)