Friday, October 14, 2011

ICALL

Perjuangan Belum Selesai

Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Chik

Pengerusi ICALL 2007, 2009, 2011

Abang Tuah gagah perkasa

Adik Jebat menuntut keadilan

Kalau sudah ada kuasa

Jadilah pejuang bahasa al-Qur’an.

Cantik sungguh si burung merak

Mengembang sayap tak pandai terbang

Kita sudah mula setapak

Jangan takut untuk terus berjuang

Itulah ucapan penutup tirai saya sebagai pengerusi tetap Seminar Antarabangsa Bahasa dan Kesusasteraan Arab bagi kali ketiga (3rd ICALL) di UIAM pada hari Jumaat 30 September 2011. Wasiat keramat ini ditujukan khusus kepada adik-adik sahabat seperjuangan di UIAM, IPTA, IPTS dan semua peserta seminar, untuk memperkasakan perjuangan memartabatkan bahasa Arab, bahasa wahyu dan warisan agung umat Islam di ranatu Nusantara. Sudah sampai masanya untuk saya meyerah panji perjuangan ini kepada pemimpin muda setelah tiga kali berturut-turut diamanahkan untuk memimpin ICALL 2007. ICALL 2009 dan ICALL 2011 sebagai pengerusinya.

Saya terus mengutus sms khusus kepada semua sahabat yang bertungkus lumus menjayakan seminar ini, khususnya Dr. Piham, Dr. Akmal, Dr Asem, Dr. Abdul Wahab, Prof. Madya Dr. Majdi, Dr. Badri, Prof. Munjid, Dr. Nadwah, Dr. Nik Hanan, dan Dr. Haslina: “Thank you very nuch for your full support and cooperation. Only Allah can reward you. Your brother Abdul Rahman Chik”.

Berbagai respon dari kawan-kawan, antaranya “sama2”, “Wiyyakum ustaz”, “Laa shukr ala wajib”.

Dr. Haslina dalam smsnya 8:29AM 01/10/11: “Thanks Dr. indeed we owe you a debt of gratitude for being the chairman. No one compres to you, your wisdom, your talent, your passion, your brotherhood….I just can’t imagine how the conference would be without you in the future…”

Saya membalas smsnya dengan terus memberi semangat dan keyakinan diri: “My sister Haslina. Dept. kita dah matured enough to carry out the amanah of sustaining the development of Arabic teaching in the region. Saya yakin kesatuan dan penumpuan dua factor utama utk mengekalkan kecemerlangan jabatan kita. Haslina dan Feham (yang menghasilkan produk Arabic Concordance dan dilancarkan pada hari pembukaan ICALL2011 oleh Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 28 Sept.) telah membuktikan bahawa kita mampu melakukan apa saja even yang mustahil jika kita ikhlas dan competent. Arabic is waiting for people like you to champion for its cause. Teruskan perjuangan ini”.

Dr Haslina respon: “Hiba say baca mesej Ustaz ni..anyway terima kasih atas sokongan dan dorongan Ustaz yang berterusan”.

Dalam ucapan balas saya mengingatkan “Hayatilah sifat pejuang teragung s.a.w. SIDQ, AMANAH, TABLIGH, FATONAH. Benar dan jujur dalam penyampaian mesej yang di warisi, dengan menggunakan hikmah dan kepandaian yang dikurniakan Ilahi. Moga hidup dunyawi kita diberkati sampai Jannatil Firdausi”.

Sahabatku sakalian.

Syukur kepada Allah atas tawfikNya sehingga kita berjaya mengumpul tak kurang dari 400 peserta bagi tiga persidangan tersebut. Inilah jaringan academia yang amat diperlukan untuk mengupayakan gerak kerja Islamzation of knowledge, meneliti semua dapatan kajian kontemporari barat, dan membangun semula turath warisan linguistik dan kesusasteraan Arab.

Untuk mengingatkan pencapaian kita, ICALL 2007 temanya “Contributions of Scholars of Arabic Language in Building Civilization”, dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman. Ucap tama Dr. Al-Mi’toni (Saudi, IDB), Prof Dr Abduh Al-Rajihi (visiting Professor, Mesir). Dengan jaringan dan kenalan yang sedia ada saya dapat memperoleh perkenan pembiyayaan sebanyak USD 10 ribu dari IDB. Kita juga berjaya menerbitkan tiga buah buku dengan IIUM Press.

ICALL2009 temanya “Islamiztion of Linguistic and Literary Studies and Its Applications”, dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Abdullah Mohd. Zain. Kita lancarkan Journal of linguistics and literary studies, dengan dua terbitan dalam setahun dalam bentuk hard copy dan online, dengan nombor ISSN 2180-1665.

ICALL 2011 temanya “Modern Trends in Linguistic and Literary Studies”, dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ucaptama disampaikan oleh tiga tokoh dalam bidang linguistik terapan, linguistik, dan kesusasteraan Arab. Prof. Mohamed Khidr Arifi (Saudi), Prof. Dr. Abdul Razak al-Saadi (Iraq) dan Dr. Munzir Zib Kafafi (Jordan). Alhamdulillah dapat diterbitkan tiga buah buku dan dua buah prosiding.

Langkah seterusnya

Untuk ICALL2013, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab harus memulakan perancangan dan menubuhkan komiti dari sekarang. Saya mencadangkan (1) Chairman baru: Assoc. Prof Dr Majdi Ibrahim/Assoc. Prof. Dr. Rahmah Osman, (2)Director: Dr. Akmal Khuzairy/Dr. Mohd. Feham, (3)Setiausaha: Assoc. Prof. Dr. Asem Shehadeh/ Dr. Sabri, (4)Komiti Ilmiah: Assoc. Prof. Dr. Naseruddin/Dr. Ala Husni. Website ICALL2013 disediakan awal dengan mengadakan slot2 untuk upload borang pendaftaran, abstrak dan kertas kerja. Saya juga mencadangkan agar Jawatankuasa baru mencari beberapa jurnal yang setaraf dengan Scopus/ISI untuk menjadi penerbit kepada kertas kerja yang bagus dan terpilih untuk diterbitkan. Dengan ini kita telah menjadi pemudahcara dan platform kepada penerbitan ilmiah dalam jurnal antarabangsa. Dengan ini kita dapat menarik perhatian dunia terhadap sumbangan kita untuk mengangkat darjat Bahasa al-Qur’an secara professional dan mengharumkan nama UIAM di persada dunia.

Saya juga ingin mencadangkan tema ICALL2013 seperti berikut:

- Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab Untuk Tujuan Khas (TALL4SP)

@

- Warisan Bahasa dan Kesusateraan Arab Dari Perspektif Pengajian Kontemporari.

Dicadangkan usaha perlu dimulakan dari sekarang untuk mendapat sponsorship dari IDB, ISESCO, Jabatan Perdana Menteri, atau seumpanya.

Selamat berjuang…

Dari kamar Pemangku Dekan / Mantan Pengerusi ICALL2007,2009,2011.

Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences

International Islamic University Malaysia.

(Prof Madya Dr. Abdul Rahman Chik)

No comments:

Post a Comment